Wednesday, 17 April 2013

Mood hari ini

Aduh...sakitnya tulang punggung yang hujung ni..duduk tak sampai 10 minit dah terasa sakit. kena lapik bantal kecil pulak..

Hari ni Ida rasa sleepy sangat. lepas babai husband pegi kerja, Ida sambung golek balik. tertidur dengan lenanya. tersedar pun bila ada customer wassap nak order Loskiloss. lepas dah berbalas wassap, terus ida bangun mengadap komputer. Little Muhammad dalam perut ni pun dah aktif ber'kick-boxing' dan perut ibu dia pun dah lapar. bancuh susu dan makan biskut lemak sambil menghadap komputer. 
bosan betul hari ni.


esok dah jumaat, tiba tiba datang idea nak masak sedap sedap hari ni. disebabkan ida bukanlah rajin memasak waktu waktu memboyot macam ni, ida cari resepi yang simple tapi nampak menyelerakan. ida nak cuba masak bubur nasi daging lah hari ni. ida suka bubur sangat sangat. lepas tu bubur tu dilawankan dengan sambal gesek. tau tak sambal gesek tu macam mana? haaaa..macam sambal belacan, tapi belacan tu gantikan dengan bilis. goreng semua garing garing, pastu tumbuk dengan lesung batu.sedapnyaaaaa..boleh tabur atas bubur.hehehe~ 


dah terbayang - bayang dah ni. oh buburku!


lepas tu, esok kan hari jumaat, ida ingat nak buat kuih sikit, jamu officemate husband. kira macam sedekah ikhlas jumaat la..aritu husband dapat bonus..plus durian runtuh dari Najib. elok la rasanya kalau kita bersedekah sikit apa yang termampu. nak belanja makan kat Nandos, tak mampu pulak. hihi. so ida rancang nak buat donat gebu gebas dengan kuih tepung pelita. harap - harap hasrat murni ni menjadi la nanti..kalau ida jadi buat dua dua ni, ida upload photo ye. In sya Allah..

anda ada resepi menarik tak nak kongsikan dengan ida? tapi jangan la bagi resepi yang susah susah. ida ni budak budak lagi, banyak term dan bahan masakan yang ida tak familiar. mesin pengadun pun ida takde, oven pun kecik je..hehe..

No comments:

Post a Comment