Thursday, 18 April 2013

Donut Coklat dan Tepung Pelita

Hai semua..salam jumaat yang diberkati.


semalam ida dah bagitau yang ida nak share gambar donat dan tepung pelita yang ida janji nak buat hari ni kan? gigih tau uols ida menguli donat dan mengacau tepung pelita. alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak jamu officemate husband ida arini. walaupun rasa dan rupanya taklah secantik mana, tapi hati ni ikhlas. itu yang penting. mihmihmih.


ida memang tak pakar buat kuih tradisional macam tepung pelita ni, sebab tak pandai nak bajet kepekatan dan kelikatan yang sesuai. masa ida buat lapisan hijau tu, dah nak jadi macam bubur som som dah. cepat cepat tutup api dan tuang dalam bekas kuih. jadi la dia macam berketul ketul sikit. :( sedih betul. lepas tu fikir macam mana nak buat yang putih tu cantik? yela, nak cover ke'cacatan' warna hijau tadi. pastu ida pun kacau la atas api kecik, sampai dia macam nak berat sikit mengacau tu, ida terus tutup api dan curah dalam bekas tadi. menjadi pulak. cantik je dia punya lapis. tapi tercela jugak la sebab yang hijau dah 'spoil'. takpelah..


belajar dari kesalahan. next time ada rezeki ida cuba lagi yang terbaik dari ni.


apepun, marilah kita layan jap gambar hasil tangkapan ida pagi tadi. maaflah kalau kualiti gambar buruk, atau rupa kuih yang buruk. tang rasa tu dah lulus, tinggal nak modified lagi rupa dia je.hihi.

donat bersalut coklat

tepung pelita yang spoil lapisan hijaunya

mesti ada yang tertanya - tanya mana saya cedok resepi ni. kredit saya berikan kepada pemilik blog Sinar Kehidupanku yang sudi share bermacam jenis resepi. dalam blog beliau, untuk donat saja dah berjenis jenis cara dan bahan digunakan untuk mencuba pelbagai jenis dan bentuk donat. untuk tepung pelita pulak, saya cedok resepinya dari blog Jintan Manis yang ternyata simple dan sedap hasilnya. cuma ida je yang takpandai nak agak tahap kepekatan dan kelikatan yang dimaksudkan.

oh ya!

bubur daging ida pun menjadi semalam. seronok sangat tengok husband makan bertambah tambah. cuma masa first suap tu, ada kureng sikit tang masin. ida tak pandai nak agak tahap kemasinan garam. sebab ida guna garam bukit. agak agak ade sesiapa yang mahir dengan garam bukit ni? boleh la ajarkan ida macam mana sukatan. sebab ida tak guna Pak Aji pun kecuali masakan dalam kuantiti ramai macam waktu open house ke..
oklah, ida nak sarapan dan melayan dapur yang masih 'berkecah' dek membuat dua kuih ini. terima kasih sudi membaca. ^^, v

Wednesday, 17 April 2013

Mood hari ini

Aduh...sakitnya tulang punggung yang hujung ni..duduk tak sampai 10 minit dah terasa sakit. kena lapik bantal kecil pulak..

Hari ni Ida rasa sleepy sangat. lepas babai husband pegi kerja, Ida sambung golek balik. tertidur dengan lenanya. tersedar pun bila ada customer wassap nak order Loskiloss. lepas dah berbalas wassap, terus ida bangun mengadap komputer. Little Muhammad dalam perut ni pun dah aktif ber'kick-boxing' dan perut ibu dia pun dah lapar. bancuh susu dan makan biskut lemak sambil menghadap komputer. 
bosan betul hari ni.


esok dah jumaat, tiba tiba datang idea nak masak sedap sedap hari ni. disebabkan ida bukanlah rajin memasak waktu waktu memboyot macam ni, ida cari resepi yang simple tapi nampak menyelerakan. ida nak cuba masak bubur nasi daging lah hari ni. ida suka bubur sangat sangat. lepas tu bubur tu dilawankan dengan sambal gesek. tau tak sambal gesek tu macam mana? haaaa..macam sambal belacan, tapi belacan tu gantikan dengan bilis. goreng semua garing garing, pastu tumbuk dengan lesung batu.sedapnyaaaaa..boleh tabur atas bubur.hehehe~ 


dah terbayang - bayang dah ni. oh buburku!


lepas tu, esok kan hari jumaat, ida ingat nak buat kuih sikit, jamu officemate husband. kira macam sedekah ikhlas jumaat la..aritu husband dapat bonus..plus durian runtuh dari Najib. elok la rasanya kalau kita bersedekah sikit apa yang termampu. nak belanja makan kat Nandos, tak mampu pulak. hihi. so ida rancang nak buat donat gebu gebas dengan kuih tepung pelita. harap - harap hasrat murni ni menjadi la nanti..kalau ida jadi buat dua dua ni, ida upload photo ye. In sya Allah..

anda ada resepi menarik tak nak kongsikan dengan ida? tapi jangan la bagi resepi yang susah susah. ida ni budak budak lagi, banyak term dan bahan masakan yang ida tak familiar. mesin pengadun pun ida takde, oven pun kecik je..hehe..

Hari Pertama

Assalamualaikum semua.

Ni hari pertama bukak blog dan tulis sesuatu. sebelum ni bukan takde blog, ada..tapi biarlah blog tu terbiar begitu saja. tak mampu nak sambung penulisan kat situ pulak. biarlah blog zaman remaja gila-gila tu tinggal sebagai kenangan. harap-harap anak cucu cicit takde la terbaca atau terjumpa lagi.

sebelum pergi lebih jauh, saya tak meletakkan harapan dan hasrat yang tinggi untuk blog ni jadi kesukaan ramai atau femes sampai keluar majalah. cukuplah dia menjadi tempat berkongsi perasaan, luahan, cerita silam dan ilmu bermanfaat untuk diri sendiri dan pembaca yang terbaca blog ni. ada baiknya kita bukak blog ni sebab kadang - kadang tak semua benda kita boleh cerita atau luahkan kepada kawan kawan atau sesiapa pun disekeliling kita. 



itu pasti.
dan sungguh benar.




rasanya perlu sedikit perkenalan supaya takde la reader semua clueless siapa sebenarnya saya ni.hehehe. nama saya Ida. tapi saya gunakan nick name durianjawa sebab nick name ni dah sebati dah dengan dunia maya saya :)
jangan ditanya kenapa durianjawa, dan apa maknanya. it's a durian yang mungkin ditanam oleh seorang Jawa.
maybe.

sudah berkeluarga sendiri.
suri rumah sepanjang hari.
membawa benih cinta sudah mencecah 7bulan.
bakal ibu mithali *in sya Allah*
berfikiran positif sedaya upayanya.



it's done, dear :)