Tuesday, 4 June 2013

Gementarrrr ~,~

Assalamualaikum semua.
selamat pagi.
soba hal khair?


hehe. korek balik ilmu bahasa arab zaman sekolah dulu.


Alhamdulillah, sekarang kandungan ibu dah masuk 33minggu. lagi 6 minggu plus plus la lebih kurang untuk ibu berjumpa dengan buah hati ibu yang ibu bawak kehulu kehilir ni selama 8bulan lebih ni. Nervous tak? haih, ni la soalan yang paling ibu nak elakkan. kalau orang tak tanya, ibu tak nervous..ibu tak fikirkan sangat pasal kesakitan dan proses bersalin ni sebab ibu dah terlampau banyak membaca dan menonton video proses kelahiran dari awal sampai baby lahir. tapi bila orang sekeliling dok tanya nervous tak, HARUSlah ibu jawab NERVOUS *angguk laju laju*


so far barang baby semua dah lengkap. at least untuk kegunaan dalam pantang nanti, ade laaaa..lagipun banyak benda yang ibu bli trial set je..macam toiletries ngn diapers. kalau baby tak sesuai nti, boleh la ibu beli jenama lain..takde la membazir sangat.hehe..cuma yang merisaukan ibu ni adalah perihal breastfeeding. ibu cuma beli 2 botol susu aje..in case la nak guna..tapi ibu tak readykan pun pump dan storage tuntuk EBM. lagi satu ibu risau kalau kalau susu ibu tak keluar masa baby selamat dilahirkan nanti. mesti nak kene bagi susu formula kan?ibu tak beli pun lagi..T_T


harap harap ibu tak kelamkabut nanti. beg hospital baby pun ibu dah readykan. ibu punya beg je tak lagi.sebab ibu tak jahit lagi kain batik ibu.dah la maktok baby dah bagi kain untuk hari raya nanti. ibu kene siapkan sebelum ibu bersalin. nanti dalam pantang dah takleh nak menjahit dah. fesyen ape la yang ibu nak buat ye?macam nak try dress macam jubah tu..tapi sesuai ke?hihi.


ok lah..chaw chin chaw!~



Wednesday, 1 May 2013

Set Tilam Baby

Assalamualaikum semua :) 
Cerah cuaca hari ni. Secerah hatiku...
hihihi.


Project Mei bermula dengan menyiapkan set tilam baby untuk anakanda tersayang. Hajat hati nak beli yang ready made je..tempah set tilam kekabu dengan corak cotton yang menarik gitu..tapi tak sampai hati nak melayangkan RM tu pulak..disebabkan bonda ni pernah la buat bantal dulu dulu, abah cadangkan kita bikin sendiri set tilam ni. sabtu lepas meronda la abah dan ibu dengan maksu Teha ke Nilai 3 dan Nilai Baru..kekabu dah ada..beli tepi jalan on the way dari rumah kawan bonda kt kuarters KLIA tu..abah borong sekali 3 bungkus!
nak yang terbaik untuk anak la katakan~



misi mencari kain idaman abah baby. over sungguh abah baby ni..anak ke dia yang nak pakai tilam ni? dia nak corak kereta macam yang biasa kita nampak tu..tapi kain tu takde..so, bonda dah kekejangan pinggang berjalan sana sini, abah pun bli la kain cadar biasa..gambar zirafah. takpela abah, nti kita buat lagi sarung cadar corak yang abah nak..yang ni asalkan ada dulu..abah pun angguk lesu.monyok.hihi


misi seterusnya adalah semalam, ibu menyiapkan sarung untuk bantal dan tilam, abah pulak sibuk mengirai kekabu dan sumbat dalam sarung kapas yang ibu dah jahit..bersin bersin abah..hiihii..cerita panjang pun tak guna..mari layan sikit gambar :)

masa ni masih dalam proses awal. maaf kalau jahitan nampak tak kemas..ibu bukan professional :)


 oh ya! barut anak pun ibu buat sendiri..tutorial melambak kat internet ni..alhamdulillah..dengan modal tak sampai RM10, ibu dapat la 6 helai barut..


 begini la rupa set tilam baby nanti..bolster tu bulat, cuma ibu belum masukkan talinya :) dan bantal karipap tu rasanya ibu nak renovate balik.buruk rupanya ~_~!


masa ni ibu tengah siapkan sarung tilam..tilam ni pun ibu ejas balik untuk padatkan lagi kekabu dia..so far, baru guna seplastik je..kalau nak mantap, kene pakai seplastik setengah kot..


ibu berhajat nak buat set tilam ni lagi sebab ibu rasa seronok dapat explore daya berfikir dan kreativiti ibu dalam menghasilkan set tilam dan barut baby ni. insya allah, kalau dah cantik nanti, boleh la ibu open tempahan..hihi..
*verangan sangat!


lepas ni misi ibu nak cari almari baby, dan lengkapkan barang ibu dan baby sebelum pertengahan Jun. ibu takmau last minit shopping. dan ibu takut baby nak keluar awal..hihi..

Thursday, 18 April 2013

Donut Coklat dan Tepung Pelita

Hai semua..salam jumaat yang diberkati.


semalam ida dah bagitau yang ida nak share gambar donat dan tepung pelita yang ida janji nak buat hari ni kan? gigih tau uols ida menguli donat dan mengacau tepung pelita. alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak jamu officemate husband ida arini. walaupun rasa dan rupanya taklah secantik mana, tapi hati ni ikhlas. itu yang penting. mihmihmih.


ida memang tak pakar buat kuih tradisional macam tepung pelita ni, sebab tak pandai nak bajet kepekatan dan kelikatan yang sesuai. masa ida buat lapisan hijau tu, dah nak jadi macam bubur som som dah. cepat cepat tutup api dan tuang dalam bekas kuih. jadi la dia macam berketul ketul sikit. :( sedih betul. lepas tu fikir macam mana nak buat yang putih tu cantik? yela, nak cover ke'cacatan' warna hijau tadi. pastu ida pun kacau la atas api kecik, sampai dia macam nak berat sikit mengacau tu, ida terus tutup api dan curah dalam bekas tadi. menjadi pulak. cantik je dia punya lapis. tapi tercela jugak la sebab yang hijau dah 'spoil'. takpelah..


belajar dari kesalahan. next time ada rezeki ida cuba lagi yang terbaik dari ni.


apepun, marilah kita layan jap gambar hasil tangkapan ida pagi tadi. maaflah kalau kualiti gambar buruk, atau rupa kuih yang buruk. tang rasa tu dah lulus, tinggal nak modified lagi rupa dia je.hihi.

donat bersalut coklat

tepung pelita yang spoil lapisan hijaunya

mesti ada yang tertanya - tanya mana saya cedok resepi ni. kredit saya berikan kepada pemilik blog Sinar Kehidupanku yang sudi share bermacam jenis resepi. dalam blog beliau, untuk donat saja dah berjenis jenis cara dan bahan digunakan untuk mencuba pelbagai jenis dan bentuk donat. untuk tepung pelita pulak, saya cedok resepinya dari blog Jintan Manis yang ternyata simple dan sedap hasilnya. cuma ida je yang takpandai nak agak tahap kepekatan dan kelikatan yang dimaksudkan.

oh ya!

bubur daging ida pun menjadi semalam. seronok sangat tengok husband makan bertambah tambah. cuma masa first suap tu, ada kureng sikit tang masin. ida tak pandai nak agak tahap kemasinan garam. sebab ida guna garam bukit. agak agak ade sesiapa yang mahir dengan garam bukit ni? boleh la ajarkan ida macam mana sukatan. sebab ida tak guna Pak Aji pun kecuali masakan dalam kuantiti ramai macam waktu open house ke..
oklah, ida nak sarapan dan melayan dapur yang masih 'berkecah' dek membuat dua kuih ini. terima kasih sudi membaca. ^^, v

Wednesday, 17 April 2013

Mood hari ini

Aduh...sakitnya tulang punggung yang hujung ni..duduk tak sampai 10 minit dah terasa sakit. kena lapik bantal kecil pulak..

Hari ni Ida rasa sleepy sangat. lepas babai husband pegi kerja, Ida sambung golek balik. tertidur dengan lenanya. tersedar pun bila ada customer wassap nak order Loskiloss. lepas dah berbalas wassap, terus ida bangun mengadap komputer. Little Muhammad dalam perut ni pun dah aktif ber'kick-boxing' dan perut ibu dia pun dah lapar. bancuh susu dan makan biskut lemak sambil menghadap komputer. 
bosan betul hari ni.


esok dah jumaat, tiba tiba datang idea nak masak sedap sedap hari ni. disebabkan ida bukanlah rajin memasak waktu waktu memboyot macam ni, ida cari resepi yang simple tapi nampak menyelerakan. ida nak cuba masak bubur nasi daging lah hari ni. ida suka bubur sangat sangat. lepas tu bubur tu dilawankan dengan sambal gesek. tau tak sambal gesek tu macam mana? haaaa..macam sambal belacan, tapi belacan tu gantikan dengan bilis. goreng semua garing garing, pastu tumbuk dengan lesung batu.sedapnyaaaaa..boleh tabur atas bubur.hehehe~ 


dah terbayang - bayang dah ni. oh buburku!


lepas tu, esok kan hari jumaat, ida ingat nak buat kuih sikit, jamu officemate husband. kira macam sedekah ikhlas jumaat la..aritu husband dapat bonus..plus durian runtuh dari Najib. elok la rasanya kalau kita bersedekah sikit apa yang termampu. nak belanja makan kat Nandos, tak mampu pulak. hihi. so ida rancang nak buat donat gebu gebas dengan kuih tepung pelita. harap - harap hasrat murni ni menjadi la nanti..kalau ida jadi buat dua dua ni, ida upload photo ye. In sya Allah..

anda ada resepi menarik tak nak kongsikan dengan ida? tapi jangan la bagi resepi yang susah susah. ida ni budak budak lagi, banyak term dan bahan masakan yang ida tak familiar. mesin pengadun pun ida takde, oven pun kecik je..hehe..

Hari Pertama

Assalamualaikum semua.

Ni hari pertama bukak blog dan tulis sesuatu. sebelum ni bukan takde blog, ada..tapi biarlah blog tu terbiar begitu saja. tak mampu nak sambung penulisan kat situ pulak. biarlah blog zaman remaja gila-gila tu tinggal sebagai kenangan. harap-harap anak cucu cicit takde la terbaca atau terjumpa lagi.

sebelum pergi lebih jauh, saya tak meletakkan harapan dan hasrat yang tinggi untuk blog ni jadi kesukaan ramai atau femes sampai keluar majalah. cukuplah dia menjadi tempat berkongsi perasaan, luahan, cerita silam dan ilmu bermanfaat untuk diri sendiri dan pembaca yang terbaca blog ni. ada baiknya kita bukak blog ni sebab kadang - kadang tak semua benda kita boleh cerita atau luahkan kepada kawan kawan atau sesiapa pun disekeliling kita. 



itu pasti.
dan sungguh benar.




rasanya perlu sedikit perkenalan supaya takde la reader semua clueless siapa sebenarnya saya ni.hehehe. nama saya Ida. tapi saya gunakan nick name durianjawa sebab nick name ni dah sebati dah dengan dunia maya saya :)
jangan ditanya kenapa durianjawa, dan apa maknanya. it's a durian yang mungkin ditanam oleh seorang Jawa.
maybe.

sudah berkeluarga sendiri.
suri rumah sepanjang hari.
membawa benih cinta sudah mencecah 7bulan.
bakal ibu mithali *in sya Allah*
berfikiran positif sedaya upayanya.



it's done, dear :)